Hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Ia berkait rapat dengan beberapa konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid.
Hibah merupakan suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam. Ini adalah berdasarkan kepada bukti-bukti al-Quran, sunah dan ijmak.
Hibah adalah penting bagi melindungi pendapatan waris dan kelansungan hidup waris akan datang.
Aku hadiahkan RM500,000 ini kepada isteriku setelah aku mati. Agar dia mampu menanggung dirinya dan zuriatku serta melangsaikan segara-hutangku ketika hayatku.
Encik Suami
Jawapan memang popular tetapi masih ramai daripada kita mengambil ringan soal ini.
Kita tahu selepas dari kematian seseorang, ada beberapa perkara yang perlu disegerakan.
Hal pengurusan jenazah hingga dikebumikan
Hal pembahagian harta pusaka
Hal penyelesaian hutang-piutang
Di sinilah wang manfaat yang dihibahkan melalui takaful sangat-sangat membantu!
Bayangkan dalam masa kurang dari sebulan, wang manfaat dari sijil takaful telah diterima terus ke akaun penama.
Sudah tentulah banyak hal boleh diselesaikan!
Tandas paling penting ketika emergency untuk lepas hajat. Kena bayar RM10 pun tak apa asalkan dapat lepas hajat dengan segera.
Stesen minyak sangat penting time minyak dah lampu merah dan tinggal 3 km sebelum enjin mati .Nak Kena bayar seliter RM4 pun tak apa time ni.
Air mineral orang tak pandang time sekarang ni. Harga pun RM3 saja. Tapi cuba kalau kita semua stranded(terdampar) di padang pasir dan orang badawi lalu jual air mineral sejuk sebotol, RM100 pun sanggup kita beli.
Anda nak tahu macam mana nak buat hibah takaful?
Musibah tak akan datang tanya “awak sudah mencarum Takaful belum?”. Dan tak akan beritahu bila akan datang.Kita kena tanya diri kita sendiri bersediakah kewangan kita untuk hadapi musibah yang bila-bila saja akan menjengah. Mungkin 10 tahun akan datang, mungkin minggu depan atau mungin esok.
Apabila melanggan takaful, pastikan coverage menjadi keutamaan dan kemudian barulah kepada saving.
Saving di dalam takaful, umpama fungsi kamera di dalam smartphone, yang tidak akan mampu menandingi fungsi kamera DSLR.
Begitu juga diibaratkan, fungsi saving dalam takaful. Fokus utama ialah pada coverage, bukan saving. Saving sebagai fungsi sampingan.
Sebaiknya ialah asingkan terus antara takaful dan simpanan supaya meletakkan duit kita pada tempat yang betul dan sesuai dengan matlamat kewangan.
Namun, dilema orang Melayu kita ialah amat sukar untuk mendisiplinkan diri dalam membuat simpanan berkala. Jadi, produk takaful + simpanan amat popular. memang majoriti produk takaful keluarga selalunya mempunyai fungsi simpanan.
Apapun, tetap fokus utama kepada perlindungan.
Sebenarnya dengan caruman RM100 sebulan, boleh mendapat coverage setinggi RM200,000 ke RM300,000 untuk musibah besar dalam kehidupan kita, iaitu kematian dan lumpuh. Musibah ini akan memberi IMPAK KEWANGAN yang besar dalam kehidupan seseorang dan keluarga.
Bandingkan dengan polisi yang Tuan-Puan langgan selama ini, adakah Tuan-Puan langgani untuk saving atau untuk coverage?
Jika Tuan-Puan masih belum membuat tuntutan untuk kes kematian dan lumpuh kekal, masih ada masa untuk membuat review ke atas polisi Tuan-Puan.
Nota: Sila rujuk Piramid Kewangan. Keutamaan anda adalah Perlindungan.