Pampasan takaful dihadiahkan kepada keluarga tercinta seandainya anda pergi dahulu. Wang pampasan ini memastikan kelangsungan kehidupan keluarga anda, melindungi aset-aset sediaada, melangsaikan hutang-hutang yang ditinggalkan disamping memastikan anak-anak terus mendapat pendidikan.
Pelan terbaru menjamin 10% dari perlindungan asas (sehingga maksima RM 20K) untuk perbelanjaan pengkebumian peserta yang mana ini dapat meringankan beban waris untuk mendapatkan wang perbelanjaan untuk pengurusan jenazah. Bayaran ini diberikan kepada waris dengan segera tanpa sebarang pertanyaan untuk memudahkan dan mencepatkan kerja waris menguruskan jenazah.
Pampasan TPD memastikan kelangsungan kehidupan anda dan keluarga anda kerana anda tidak mampu bekerja. Pasangan anda juga mungkin tidak dapat bekerja dengan sempurna kerana menguruskan aktiviti harian anda. Anda mungkin terpaksa membeli katil atau alat sokongan khas untuk membantu aktiviti anda, dan anda mungkin terpaksa memakai lampin pakai-buang sekiranya anda tidak dapat mengawal perkumuhan anda.
Pampasan penyakit kritikal membolehkan anda mencari alternatif mengubati penyakit anda, termasuk mendapatkan supplemen tambahan, susu atau makanan khas yang mahal harganya. Contohnya anda perlu mengambil makanan organik apabila mengidap penyakit kanser. Pampasan juga digunakan untuk pelbagai perbelanjaan yang bertambah. Contohnya anda perlu berulang-alik ke hospital dan selalu mengambil cuti tanpa gaji dan akhirnya boleh menyebabkan anda hilang pekerjaan.
Pendidikan yang baik adalah pasport untuk kehidupan yang sempurna. Dengan kos pendidikan yang semakin meningkat, anda harus merancang bermula dari sekarang.
Pelan Pendidikan Takaful memperuntukkan sejumlah wang setiap bulan ke arah pendidikan anak anda. la juga menyediakan perlindungan untuk anda dan anak anda sekaligus dalam satu pelan. Seandainya anda meninggal dunia atau hilang upaya, dana pendidikan sudah tersedia untuk jaminan masa depan anak-anak.
Pelan Simpanan Takaful menyediakan dana simpanan yang membantu anda menyimpan secara sistematik untuk mengoptimumkan kadar pulangan pelaburan anda secara selamat. Realisasikan impian dan capai cita-cita anda kerana anda tahu, walau apa pun terjadi, simpanan anda terjamin untuk hari-hari persaraan anda.
Pesakit yang datang ke hospital kerajaan selalunya beranggapan semuanya percuma, dengan hanya bayar caj pendaftaran. KHIDMAT DOKTOR sahaja PERCUMA. Kos PEMBEDAHAN dan ALATAN (implant) perlu dibayar oleh pesakit. Bukan semuanya percuma di hospital kerajaan. Dengan Medical Card Takaful, anda boleh membayar kos pembedahan dan alatan (implant) ini. Anda juga boleh memilih rawatan di lebih 130 panel hospital.
Tak seperti pelan takaful yang lain, perlindungan jadi PERCUMA termasuk MEDICAL CARD sekiranya anda HILANG UPAYA KEKAL MENYELURUH (TPD) atau mendapat PENYAKIT KRITIKAL (CI).
Sumbangan dibuat terus ke akaun bank Syarikat Takaful Ikhlas dan pelan mula berkuatkuasa dalam 24 jam bekerja untuk kes standard selepas sumbangan pertama dibuat.
Tempoh Bertenang (Cooling-Off period). Anda boleh membatalkan pelan ini dalam masa 15 hari dari tarikh pelan berkuatkuasa dengan sumbangan takaful 100% dikembalikan kepada anda.
Terus cover kes kemalangan
Terus cover kes Covid-19
Wakaf dan Badal Haji tanpa tambahan sumbangan takaful
Bantuan kemasukan hospital swasta 24 jam melalui Mediexpress
Servis oleh Perunding Takaful yang komited dan berpengalaman
Online Customer Account yang membolehkan peserta memantau status polisi
Pelan 100% syariah – bebas gharar, riba dan judi
Pelepasan cukai pendapatan